Thursday 15 December 2011

Lelaki Dayus !



Sehari suntuk di bandaraya membuat diri dihambat kepenatan yang amat.
Namun di sebalik kepenatan terselit pengajaran yang didapati melalui pemerhatian. Dalam kesibukan manusia, aku seperti selalu, setia menjadi pemerhati.


Aku dapati sebilangan besar lelaki sekarang adalah dayus ! eya, D.A.Y.U.S.

Kenapa? Kau nak marah aku? Marah la, itu hak kau, tapi sebelum membuat kesimpulan baca lah dulu.


Aku ceritakan situasi yang aku alami.

Terpaku aku seketika tatkala melihat seorang perempuan yang aku kira boleh digolongkan sebagai warga emas sedang berjalan dengan memakai ‘legging’. Dan yang lebih memalukan lagi, makcik tersebut memakai tudung !  Si suami kepada makcik tersebut pula berjalan beriringan dengannya dengan perasaan bangga aku kira ?  bukan satu pasangan saja yang aku  nampak, mungkin berpuluh-puluh ? ada yang berusia , ada yang muda.


Kalau kau seorang muslim, langsung tidak terkesan kah hati mu melihat situasi tersebut ??


ahh! Dayusnya kau wahai lelaki !  Tubuh badan isteri mu dijamah oleh mata lelaki lain dan kau berada disebelah isterimu tanpa berbuat apa-apa ?

Eh! Itu isteri kau ! hak kau! Milik kau ! Kau sahaja yang layak melihat tubuh badannya, bukan orang lain ! Kau rela lelaki lain melihat isteri kau dengan pandangan bernafsu? ahh, bodohnya !


Ke mana hilang nya ego yang sememangnya begitu sinonim dengan kau? Aku tidak habis fikir akan keadaan tersebut. Bukan kah  memimpin isteri itu tanggungjawab suami? Bukankah kuasa itu terletak ditangan suami? Jadi, kenapa tidak dididik si isteri supaya dapat menjadi penghuni syurga?  
Kalau kau rajin buat amal ibadat pun tapi tak pernah didik isteri kau untuk taat agama, tak guna bai.. tak lepas jugak masuk syurga..


Kecewa sungguh hati melihat keadaan tersebut. Kenapa sanggup memikul tanggungjawab kalau diri belum bersedia memimpin ? Bukankah itu hanya akan memudaratkan diri sendiri ? Perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah. Sedarlah ! 


Aku sudah habis. Kalau kau nak marah aku sekarang,marahlah. Itu hak kau. Tapi berfikir lah menggunakan akal, bukan menggunakan lutut ! Jangan mengikut emosi. Seperti biasa, aku tidak memaksa kau untuk berubah, tapi sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik~

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim)




p/s :  Berkaitan dengan hal keagamaan,,kalau aku salah tolong tegur dan betulkan !


#TheLightOfPeace

Sunday 11 December 2011

Aku Katak !

Ya . Bukak mata besar2.. Tajuk tu tulis aku katak ! Sebab aku rasa aku memang sesuai diumpamakan macam katak.
Kau ketawa ? ketawa la puas2. sekurang-kurangnya aku mengaku kekurangan ku. Bukan macam kau yang bodoh yang sentiasa perasan bagus ! Bukan kau la.. Tapi 'kau' yang tu..

Aku tidak lah ketinggalan sangat dalam peredaran zaman yang semakin rakus menghambat manusia sekarang ni walaupun aku tinggal di kampung. Tapi dalam certain2 perkara, aku rasa aku mcam katak... bukan di bawah tempurung, cuma di dalam longkang di tengah bandar. Ya. Maksudnya aku terdedah kepada dunia luar. Aku tau apa yang berlaku di dunia sana . Tapi aku tetap di longkang itu. Tidak ingin keluar.

Jujur ! aku takut ! ntah kenapa.. Sebelum ini semua benda parents aku yang handle. Dari laa kecik sampai besarr hidup aku sentiasa diselimuti dengan pelbagai pantang larang mereka.. Tidaak pernah juga aku dibenarkan untuk bersosial.. Bukan ! Aku bukan manja ! Tolonglah ! Aku BENCI perkataan manja ! sgt ! Bukan kerana aku manja ! Mungkin kerana parents aku tidak yakin dgn aku. Sebab itu ,, aku takut untuk mencuba. Perlukah aku menyalahkan mereka ? Tidak ! Mungkin memang kekhilafan ku.

Dan sekarang, bila tiba masa nya untuk aku pergi ke dunia luar ,, aku takut. Aku rasa macam orang bodoh.. Aku tidak bijak berkomunikasi. Aku tidak pandai bergaul. Serba -serbi aku x tau !  Kau bayangkanlah, di usia aku yang tua bangka ni aku masih blum pass untuk kluarkan duit menggunakan card di mesin ATM..=_=' 

Aku takut untuk hadapi dunia yang penuh kepura-puraan itu ! Manusia di sana hipokrit belaka ! Tapi bila difikirkan semula, lambat atau cepat aku memang akan hadapi jugak semua tu. Janganlah aku terkena kejutan budaya pulak nanti.. Kalau lah dari dulu aku dibiasakan menghadapi semua ini .. Tapi buat apa menyesal sekarang kan.. Lebih baik kita berfikir untuk menghadapi hari esok ~


#TheLightOfPeace

Saturday 10 December 2011

Kau Pilih Yang Mana?

Cinta.
Kau tau apa itu cinta ?
Macam mana kau mendefinisikan cinta ?
Bagaimana kau melahirkan rasa cinta pada orang yang kau sayang ?

1.     couple ?
2.     tunang ?
3.     kawin ?

Aku yakin ramai yang akan pilih pilihan 1. Dan kemudian pilihan 2. Dan kemudian pilihan 3. Kau pilih yang mana ?

Memang. Perasaan cinta itu satu lumrah. Setiap manusia mesti merasainya. Bohong lah kalau kau cakap kau tak pernah rasa. Cinta itu bukan dosa. Tapi ia akan jadi dosa bila kau salah dalam melahirkan cinta tu.?

Ya. Di usia yang masih muda ni, pilihan yang pertama seakan-akan menjadi trend sebelum kita jadi lebih dewasa. Tak percaya ? kau pergilah shopping mall, dan kira berapa banyak pasangan muda yang berjalan berdua dan berpegangan tangan. Bandingkan dengan orang muda yang hanya jalan bersendirian. Aku pasti kau tahu jawapannya. Itu buktinya. Sakit mata melihat adegan yang tidak sepatutnya . aku cemburu ? haha. Aku tiada masa untuk mencemburui benda-benda yang tidak berfaedah !.

Kerap kali aku tengok orang berbangga dengan usia percintaan mereka. Couple konon sudah bertahun - tahun. Ahh...bodoh ! tak tahu kah yang mereka sedang berbangga dengan maksiat yang mereka buat? Tak ada perasaan malu kah? Maaf. Tapi kalau kau salah seorang darinya, sedarlah. Aku bukan ingin mengubah sesiapa, tapi ini kebenarannya. Kau harus sedar !

Ya. Aku kata couple itu tiket kepada zina ! kau sendiri tahu kenapa. Bila couple  mula la pegang2 tangan, membayangkan yang bukan2, melanggar batas2 pergaulan. itu kah yang kau gelar cinta suci ? kau nak cakap yang pasangan kau baik ? tak pernah sentuh kau ? dan dia janji akan jaga kesucian kau sampai kamu dah kawin?  Dan kau percaya ? Kalau aku kata kau bodoh kau marah tak .

Lelaki memang bijak merayu.Bukan aku ingin melempar tuduhan. Tapi sedarlah wahai hawa, bukan semua lelaki baik. Dan kau perlu tahu bahawa kaum yang satu itu cuma punya satu nafsu. Dan mereka ada 9 akal untuk mencapai nafsu yang satu itu.  Aku bukan ingin menyebelahi sesiapa, tapi itu memang hakikatnya.

Ahh.. mesti kau cakap aku tak pernah alami semua nya kan? Perasaan cinta yang berbunga-bunga.Atau aku bercakap ikut perasaan? Atau aku pernah dikecewakan ?Jujur , aku pernah alaminya. Dan ya, aku memang dikecewakan. Terpulang kalau kau nak gelakkan aku terguling-guling . tapi aku bercakap mengikut akal yang rasional berdasarkan sedikit pengalaman. Bukan sekadar membabi buta membuat andaian. Dan aku rasa sangat menyesal mengalaminya ! Tapi aku bersyukur kerana Dia masih sayang aku. Masih ditunjukkan aku kebenaran yang selama ini aku tak nampak.

Kalau sekarang kau sedang kecewa kerana hubungan tidak sah kau tu tidak kesampaian, bersyukurlah ! Tuhan masih sayangkan kau. Tapi kalau kau masih kuat mempertahankan hubungan cinta sebelum kahwin itu, aku beri kau situasi untuk kau fikirkan.

Kalaulah kau seorang lelaki. Dan kau akhirnya kahwin dengan seorang perempuan yang sebelumnya pernah bercinta dengan lelaki lain. Dan lelaki tersebut pernah melihat rambut isteri kau, pernah pegang tangan isteri kau dan mungkin pernah buat lebih,  kau tak rasa dayus ? ahh. Bodoh lah kau kalau kau tak rasa apa pun.

Dan kalau kau pula jadi perempuan tadi, apa yang istimewa pada diri kau untuk kau beri pada suamimu kelak ? walaupun suamimu tidak tahu,tapi tak malu kah kau pada diri sendiri ? Kalau pada waktu tu kau menyesal, tiada guna !

So, for the guys out there, kalau kau memang betul-betul sayang perempuan, kawin je terus. Kalau masih belum mampu, just let her go. Dengan cara tu kau sebenarnya telah membantu dia untuk menjaga kesucian dirinya buat suaminya kelak. Itu cinta sejati. For the girls, kesucian kau tuh tinggi nilainya. sangat ! Jadi tak perlu lah merendahkan taraf kau dengan bercinta sana sini.Tak perlu lah couple segala bagai. Kalau kau memang nak rasa jugak couple, bijak la dalam menjaga batas !

Kau pilih yang mana? itu hak kau. Aku cuma melontarkan pandangan. Terpulang untuk kau menerimanya atau tidak. Tapi ini hakikat sebenar. Ini pendapat aku. Mungkin kita sama tapi mungkin juga kita berbeza.Ya. Bercinta selepas berkahwin itu memang bukan mudah ! berkahwin dengan orang yang kita tidak kenal. Tapi itu bukan sesuatu yang mustahil !  Mungkin sudah berbakul kutukan kau pada aku,tapi terima kasih kerana sudi membaca.


p/s : Berkaitan dengan hal keagamaan,,kalau aku salah tolong tegur dan betulkan !


#TheLightOfPeace

Thursday 8 December 2011

Tertonggeng-tonggeng ?!


Aku rasa macam jatuh bergolek-golek dari puncak Gunung Kinabalu setelah berhari-hari bersusah payah mendaki untuk sampai ke puncak. Rasa jugak macam tergigit cili padi masa tengah layan kenikmatan ayam KFC. Jugak rasa macam ada semut masuk ke telinga masa tengah lena dibuai mimpi.


Dapat bayangkan perasaan tu?


Ya. Aku sudah high, tiba2 down. Ahh..spoil !  
macam apa yang aku tulis sebelum nih, aku memang suda plan untuk kerja. Dan mem besar pun memang tiada bantahan. Tapi sekarang, bila aku tanya semula, mem besar diikuti oleh tuan besar membantah pulak atau dengan kata lain tidak setuju. Ahh sudah ! kecewa nya aku ! kenapa? They said lagi bagus aku stay di rumah SAHAJA. What ? ! =_='


Ok, aku bukan x mau stay rumah, tapi kalau aku stay rumah ‘sahaja’ bole dapat duit tiap2 bulan, aku on jugak. Tapi tak pun kan.Bukan aku bekira . It just that I need a money ! aku ada banyak benda nak beli. Tak kan itu pun aku guna duit parents kan ? Lagipun cuti ni sgt lama ok. Berbulan-bulan.I repeat it, Berbulan-Bulan. Bukan sminggu dua. Mana tahan stay rumah berbulan-bulan. pagi2 pulak aku yg tercongok di rumah, org lain smua pgi skola, pgi kerja..ouh, tak terbayangkan.

Lagipun this is the only time that I have untuk carik pengalaman untuk jadi lebih dewasa. I’ve grow up. I don't think they need to worry ‘bout me anymore. c'mon ! I’m not the little girl that will cry just because i don’t get my fav lolilop. Yah . . aku tau both of them love and care for me even they don’t say it. I appreciate that ! tapi Aku bukan menggedik depan orang. Aku Cuma mau kerja !


Perasaan aku jangan cakap la. Frust tertonggeng-tonggeng lah. Sangat ! ahh.. sekarang cuma mampu berdoa  moga Allah lembutkan hati both of them.. Aminnn~



#TheLightOfPeace

Saturday 3 December 2011

Kenangan Lalu ~


Mengapa perlu berulang lagi ?
Sedang hati sudah meyakini..
Mengapa kini dikhianati ?
Setia yang pernah dijanji..
Mengapa perlu pergi ?
Disaat hati sudah mengasihi..

Dalam kepayahan,
Mencari ketenangan diri,
Kerap kali rindu itu hadir mengetuk hati..

Ujiankah ini ?
Ahh !
Bukankah ini suratan ilahi ?
Mengapa perlu dipersoalkan lagi?

Tatkala diri lemah sendiri,
Hanya air mata yang setia menemani,
Mengalirkan kekuatan ke dalam diri..


p/s: karya yg telah berkurun lama ..



#TheLightOfPeace

Thursday 1 December 2011

Kenapa Ketawa ??

Aku duduk dalam bilik cuma  sorang.Tapi aku ketawa depan lappy tergolek-golek. Sambil kadang diselitkan dengan nada loya nak muntah lagi.

Kau cakap aku tgk movie ? salah !
Aku baca jenaka? bukan !
Atau...aku gila? Jauh India dari Korea !

Aku bukak ‘benda’ yang dicipta oleh  Mark Zuckerberg.
Eya, Facebook
Hari ni kalau kau cakap kau masih tak tahu apa itu Facebook, memang orang akan bantai gelakkan kau laa.. siap terguling2 buat aksi kuak lentang  lagi.

Begitu sekali pentingnya Facebook tuh kan? Tapi kalau kau tak tahu cara nak sembahyang orang boleh pulak buat tak tahu SAHAJA. Manusia ~

Back to the main point. Yaa, aku ketawa . Sebab?
Sebab baca benda2 yang di post di fb tu.
Kalau aku cakap diorang tuh bodoh ,  agak2 diorang marah tak?
Ok. Aku tak cakap bodoh, Cuma kurang pandai~

Sorry la kalau kau tergolong dalam golongan nih tapi aku memang tak berkenan la..
Perlu ke nak post benda2 yang memang amat tak penting?=_=’
Kau nak mandi la , kau jumpa kucing la, kau beli seluar dalam baru laa..perv !
Eh? Aku nak Tanya kau la kan,
Ya ! Kau laa !
Kalau kau lapar sampai kebulur pun, kau nak post kat fb tuh kau bole kenyang ke hah?
Kalau kau sakit smpai nazak pun, kau post dalam fb tuh kau boleh sihat ke?
Kalau kau berperang dengan bf/gf kau, kau post dlm fb korang boleh baek ke?
Kalau kau letak gambar2 hipokrit kau tuh , muka kau bole jadi tambah cantik ke?
Hah, jawab la !

Orang yang post benda2 macam tuh aku label kan sebagai orang yang  memang suka mintak perhatian .
Attention Whore!
Kau bangga la eh kalau ramai  yang like, yang komen?
Kau dapat apa ?
Kau ingat orang nak sangat ke tau apa yang kau buat 24/7 ?
Eh, sedarlah, tak semua orang suka la, menyampah lagi ada !
Aku tak paham sungguh. Sangat . amat.

Aku bukan cemburu, jauh sekali sakit hati, tapi aku malu tengok orang merendahkan maruah mereka lebih2 lagi kaum hawa. Bukan seorang yang menyatakan konon nya mereka single..Apa motif kau buat status 'aku single..best..' ...? Bukan sikit jugak yang terang2 meminta untuk dijadikan teman wanita. oi perempuan , kau sedar x yg kau sedang jual diri sendiri ! Serendah itukah maruah kau ? !  Tolonglah ! Jangan jadi bodoh !

Eh, si Mark cipta benda tuh mula2 sekali supaya senang nak carik kawan lama dan baru taw.
Bukan untuk MINTAK PERHATIAN !

Kalau kau rasa kau memang tergolong dalam golongan kurang bijak pandai nih, kau ubah lah...
Baik kau post benda2 yang boleh bagi orang lain ilmu pengetahuan. Lagi kau dapat pahala.

Aku bukan memaksa kau untuk berubah. Tapi kalau lepas baca ni kau mau jadi lebih baik, itu sudah bagus ! Aku juga bukan sengaja mengutuk kau. Tapi ini hakikatnya. Kau mau sedar sekarang atau terus berpura-pura tutup mata, itu terpulang pada kau. Kau nak kutuk aku itu hak kau. 
Aku hanya menilai setelah memerhati~


#TheLightOfPeace

Wednesday 30 November 2011

FREE

MERDEKA !

Bertahun-tahun aku hidup dalam dunia ni.
Hari ini dalam sejarah, baru aku betul-betul faham dan dapat rasa apa itu merdeka !
walaupun sebenarnya belajar Sejarah pasal merdeka sudah 5 tahun. =_='
Merdeka daripada dijajah oleh lembaga peperiksaan KPM !
Ahhh! Rasanya macam lepas selesai lafaz akad nikah dpan tok kadi !

Rasa lega dapat selesaikan suatu perkara but in the same time akan pikul satu tanggungjawab yang kita masih tak tahu apa penghujungnya. Tapi semestinya kita inginkan keputusan yang baik kan? Situasi yang berbeza tapi hakikatnya proses yang sama.. Jadi kalau teringin try practise untuk akad nikah, boleh la sit exam besar2 banyak kali. . hee.

Dalam kepala macam-macam plan ingin dijalankan. Tidur puas2 perkara utama ! Persetankan kalau orang kutuk aku pemalas or whatsoever ! Hutang nyawa dibayar nyawa.. Hutang tidur dibayar tidur ! kalau kau pun sebok nak kutuk aku, then, do i care?

Lepas ni, aku mesti kerja jugak. carik pengalaman. Lebih kepada carik duit sebenarnya..Ahh. . kdg rasa mcm..., blur ?  Hey ! I grow Up ! is this for a real ?! No more school uniform ! No more white shoes !No more nametag and badge ! No need to take a bath in the early morning ! No more extra class till the evening.. ahh..i'm going to miss it.

Terfikir pulak kehidupan lepas nih.. how 'bout the result? ahh...sudah...nanti kena further study lagi kn ? will i survive it ? huhh~ banyak jugak kena fikir. But just put it aside ! Letak dalam tin biskut munchy's then tutup cepat2 ! Now i just wanna enjoy my Life ! Haaaaa~ i wait this moment for longgggg !


#TheLightOfPeace

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1433. .:)

 Tahun baru islam menjengah lagi. Syukur aku masih diberi peluang untuk hidup. . kadang aku pelik,  tahun baru islam JARANG disambut dgn meriah. Hambar . Malah ada yang tak tahu pun. Ntah2 kau pun tak baca doa akhir tahun dgn awal tahun kan? Ya ! kau la ! 
Masjid pun lengang. Tapi bila tahun baru 1 januari tu, mak ai, padang yang luas mcam laut tu pun boleh sesak sebab orang nak sambut tahun baru, tgk bunga api segala bagai. Terjerit  terlolong dgn konsert yg bukan2. Yang muslim tak serupa muslim. Siapa yang bersalah dan patut disalahkan dalam hal ni ?

Tinggalkan pasal  sambutan tu. Pergi kpd azam. Aku yakin setiap manusia pernah berazam. Kau tidak ? Oh..mungkin kau tiada matlamat hidup yg ingin dicapai. Eh ? jgn la marah, memang itu kenyataannya. Orang selalu buat azam pada tahun baru. Standard la tu kan. Aku pun berazam jugak. Tiap tahun. Tapi aku tak pernah tau adakah azam aku tuh terlaksana atau tidak. Hari nih b’azam minggu depan dah lupa, mcamana nak tau terlaksana kah tidak. Yang aku pasti setiap tahun aku mesti b’azam menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dan untuk tahun baru Islam tahun nih, sekali lagi aku berazam untuk menjadi insan yg lebih baik, diberi ketenangan diri, kebahagiaan hidup dan kejayaan dunia akhirat ~ Sama2 lah kita berazam..;)


#TheLightOfPeace

Thursday 9 June 2011

DI TEMPAT ITU

Hari itu
Aku berjalan gelisah dalam kelelahan
Meraba dalam kelam
Mencari jalan yang akan membawaku ke puncak sana
Seperti hari-hari kelmarin

Terpaku aku seketika tatkala terlihat kilauan cahaya
Lalu kukejar meski berkali-kali aku tersungkur
Kugagahi langkah kakiku
Sehingga cahaya itu membawaku ke sebuah ruang
Yang dipenuhi dengan jutaan sinaran cahaya

Disinilah tempat itu
Tempat di mana aku menjumpai siapa diriku
Tempat dimana aku belajar meruntuhkan tembok egoku
Tempat dimana aku berkenalan dengan kelemahanku
Tempat dimana aku berperang dengan mengggunakan akalku

Disinilah tempat itu
Tempat aku mengenali seorang insan bergelar abah
Insan yang kaya dengan kasih sayangnya
Insan yang tidak putus-putus mencurah ilmunya
Insan yang tidak pernah kenal erti penat lelah
Insan yang menjadi matahari kepada pucuk kejayaanku

Di tempat inilah
Aku bertemu insan-insan yang bergelar senior
Insan-insan yang menganggap ku darah dagingnya
Insan-insan yang sanggup memimpin tanganku saat aku lemah
Setiap herdikannya menyuntik semangat
Setiap sindirannya terkandung nasihat

Di tempat ini juga
Aku mengenal siapa dia sahabat
Insan yang setia disisi saat aku susah
Insan yang memujuk saat aku lara
Insan yang menghapus setiap titis air mata

Disinilah tempatnya
Di tempat inilah aku mengenali mereka
Di tempat inilah aku mula menyedari kesilapan lalu
Di tempat inilah aku berhenti dari  mimpi dan angan-anganku
Berbekalkan kematangan dan cebisan semangat mereka
Yang menjadi bius untukku menghapi dunia yang nyata!


   #TheLightOfPeace                                                                                                                                                   
                                                                                                                                                                                                                                                                           ~9/6/2011~  ~10.15~  

Friday 25 February 2011

Cai Hong = Rainbow


Tell me where the rainbow is
Can you give my hopes back to me?
Why is the sky so silent
and all the clouds on my side?
Is there a mask that you can find for me?
If I keep thinking, I'll never find solace
Maybe time will be an antidote
But it's poison to me right now

If I can't see your smile, how can I sleep?
No matter how near your silhouette is, I can't hold into it
Without the earth, the sun will still exist
Without a reason, I still can walk on my own
I know it's that easy for you to leave
Dependence becomes a burden now
If you have to let go, can you return my love to me?
We'll pretend I understood at the end

Is there a mask that you can find for me?
If I keep thinking, I'll never find solace
Maybe time will be an antidote
But it's poison to me right now

Can't see your smile, so how do I sleep?
Your silhouette's so near, but I can't hold onto it
Without the earth the sun's still around
Without a reason, I'll still walk away
I want peace, but I can't stop thinking
Maybe time's a kinda antidote
But it's poison to me now

I know it's that easy for you to go
Dependence becomes my burden to bear
If you really have to go, can you at least return my love to me?
And then we'll just pretend I understood at the end.



p/s:this is a chinese song from jay chou..translate it into english...Love this song much2.. :)