Saturday 10 December 2011

Kau Pilih Yang Mana?

Cinta.
Kau tau apa itu cinta ?
Macam mana kau mendefinisikan cinta ?
Bagaimana kau melahirkan rasa cinta pada orang yang kau sayang ?

1.     couple ?
2.     tunang ?
3.     kawin ?

Aku yakin ramai yang akan pilih pilihan 1. Dan kemudian pilihan 2. Dan kemudian pilihan 3. Kau pilih yang mana ?

Memang. Perasaan cinta itu satu lumrah. Setiap manusia mesti merasainya. Bohong lah kalau kau cakap kau tak pernah rasa. Cinta itu bukan dosa. Tapi ia akan jadi dosa bila kau salah dalam melahirkan cinta tu.?

Ya. Di usia yang masih muda ni, pilihan yang pertama seakan-akan menjadi trend sebelum kita jadi lebih dewasa. Tak percaya ? kau pergilah shopping mall, dan kira berapa banyak pasangan muda yang berjalan berdua dan berpegangan tangan. Bandingkan dengan orang muda yang hanya jalan bersendirian. Aku pasti kau tahu jawapannya. Itu buktinya. Sakit mata melihat adegan yang tidak sepatutnya . aku cemburu ? haha. Aku tiada masa untuk mencemburui benda-benda yang tidak berfaedah !.

Kerap kali aku tengok orang berbangga dengan usia percintaan mereka. Couple konon sudah bertahun - tahun. Ahh...bodoh ! tak tahu kah yang mereka sedang berbangga dengan maksiat yang mereka buat? Tak ada perasaan malu kah? Maaf. Tapi kalau kau salah seorang darinya, sedarlah. Aku bukan ingin mengubah sesiapa, tapi ini kebenarannya. Kau harus sedar !

Ya. Aku kata couple itu tiket kepada zina ! kau sendiri tahu kenapa. Bila couple  mula la pegang2 tangan, membayangkan yang bukan2, melanggar batas2 pergaulan. itu kah yang kau gelar cinta suci ? kau nak cakap yang pasangan kau baik ? tak pernah sentuh kau ? dan dia janji akan jaga kesucian kau sampai kamu dah kawin?  Dan kau percaya ? Kalau aku kata kau bodoh kau marah tak .

Lelaki memang bijak merayu.Bukan aku ingin melempar tuduhan. Tapi sedarlah wahai hawa, bukan semua lelaki baik. Dan kau perlu tahu bahawa kaum yang satu itu cuma punya satu nafsu. Dan mereka ada 9 akal untuk mencapai nafsu yang satu itu.  Aku bukan ingin menyebelahi sesiapa, tapi itu memang hakikatnya.

Ahh.. mesti kau cakap aku tak pernah alami semua nya kan? Perasaan cinta yang berbunga-bunga.Atau aku bercakap ikut perasaan? Atau aku pernah dikecewakan ?Jujur , aku pernah alaminya. Dan ya, aku memang dikecewakan. Terpulang kalau kau nak gelakkan aku terguling-guling . tapi aku bercakap mengikut akal yang rasional berdasarkan sedikit pengalaman. Bukan sekadar membabi buta membuat andaian. Dan aku rasa sangat menyesal mengalaminya ! Tapi aku bersyukur kerana Dia masih sayang aku. Masih ditunjukkan aku kebenaran yang selama ini aku tak nampak.

Kalau sekarang kau sedang kecewa kerana hubungan tidak sah kau tu tidak kesampaian, bersyukurlah ! Tuhan masih sayangkan kau. Tapi kalau kau masih kuat mempertahankan hubungan cinta sebelum kahwin itu, aku beri kau situasi untuk kau fikirkan.

Kalaulah kau seorang lelaki. Dan kau akhirnya kahwin dengan seorang perempuan yang sebelumnya pernah bercinta dengan lelaki lain. Dan lelaki tersebut pernah melihat rambut isteri kau, pernah pegang tangan isteri kau dan mungkin pernah buat lebih,  kau tak rasa dayus ? ahh. Bodoh lah kau kalau kau tak rasa apa pun.

Dan kalau kau pula jadi perempuan tadi, apa yang istimewa pada diri kau untuk kau beri pada suamimu kelak ? walaupun suamimu tidak tahu,tapi tak malu kah kau pada diri sendiri ? Kalau pada waktu tu kau menyesal, tiada guna !

So, for the guys out there, kalau kau memang betul-betul sayang perempuan, kawin je terus. Kalau masih belum mampu, just let her go. Dengan cara tu kau sebenarnya telah membantu dia untuk menjaga kesucian dirinya buat suaminya kelak. Itu cinta sejati. For the girls, kesucian kau tuh tinggi nilainya. sangat ! Jadi tak perlu lah merendahkan taraf kau dengan bercinta sana sini.Tak perlu lah couple segala bagai. Kalau kau memang nak rasa jugak couple, bijak la dalam menjaga batas !

Kau pilih yang mana? itu hak kau. Aku cuma melontarkan pandangan. Terpulang untuk kau menerimanya atau tidak. Tapi ini hakikat sebenar. Ini pendapat aku. Mungkin kita sama tapi mungkin juga kita berbeza.Ya. Bercinta selepas berkahwin itu memang bukan mudah ! berkahwin dengan orang yang kita tidak kenal. Tapi itu bukan sesuatu yang mustahil !  Mungkin sudah berbakul kutukan kau pada aku,tapi terima kasih kerana sudi membaca.


p/s : Berkaitan dengan hal keagamaan,,kalau aku salah tolong tegur dan betulkan !


#TheLightOfPeace

No comments: