Thursday 1 December 2011

Kenapa Ketawa ??

Aku duduk dalam bilik cuma  sorang.Tapi aku ketawa depan lappy tergolek-golek. Sambil kadang diselitkan dengan nada loya nak muntah lagi.

Kau cakap aku tgk movie ? salah !
Aku baca jenaka? bukan !
Atau...aku gila? Jauh India dari Korea !

Aku bukak ‘benda’ yang dicipta oleh  Mark Zuckerberg.
Eya, Facebook
Hari ni kalau kau cakap kau masih tak tahu apa itu Facebook, memang orang akan bantai gelakkan kau laa.. siap terguling2 buat aksi kuak lentang  lagi.

Begitu sekali pentingnya Facebook tuh kan? Tapi kalau kau tak tahu cara nak sembahyang orang boleh pulak buat tak tahu SAHAJA. Manusia ~

Back to the main point. Yaa, aku ketawa . Sebab?
Sebab baca benda2 yang di post di fb tu.
Kalau aku cakap diorang tuh bodoh ,  agak2 diorang marah tak?
Ok. Aku tak cakap bodoh, Cuma kurang pandai~

Sorry la kalau kau tergolong dalam golongan nih tapi aku memang tak berkenan la..
Perlu ke nak post benda2 yang memang amat tak penting?=_=’
Kau nak mandi la , kau jumpa kucing la, kau beli seluar dalam baru laa..perv !
Eh? Aku nak Tanya kau la kan,
Ya ! Kau laa !
Kalau kau lapar sampai kebulur pun, kau nak post kat fb tuh kau bole kenyang ke hah?
Kalau kau sakit smpai nazak pun, kau post dalam fb tuh kau boleh sihat ke?
Kalau kau berperang dengan bf/gf kau, kau post dlm fb korang boleh baek ke?
Kalau kau letak gambar2 hipokrit kau tuh , muka kau bole jadi tambah cantik ke?
Hah, jawab la !

Orang yang post benda2 macam tuh aku label kan sebagai orang yang  memang suka mintak perhatian .
Attention Whore!
Kau bangga la eh kalau ramai  yang like, yang komen?
Kau dapat apa ?
Kau ingat orang nak sangat ke tau apa yang kau buat 24/7 ?
Eh, sedarlah, tak semua orang suka la, menyampah lagi ada !
Aku tak paham sungguh. Sangat . amat.

Aku bukan cemburu, jauh sekali sakit hati, tapi aku malu tengok orang merendahkan maruah mereka lebih2 lagi kaum hawa. Bukan seorang yang menyatakan konon nya mereka single..Apa motif kau buat status 'aku single..best..' ...? Bukan sikit jugak yang terang2 meminta untuk dijadikan teman wanita. oi perempuan , kau sedar x yg kau sedang jual diri sendiri ! Serendah itukah maruah kau ? !  Tolonglah ! Jangan jadi bodoh !

Eh, si Mark cipta benda tuh mula2 sekali supaya senang nak carik kawan lama dan baru taw.
Bukan untuk MINTAK PERHATIAN !

Kalau kau rasa kau memang tergolong dalam golongan kurang bijak pandai nih, kau ubah lah...
Baik kau post benda2 yang boleh bagi orang lain ilmu pengetahuan. Lagi kau dapat pahala.

Aku bukan memaksa kau untuk berubah. Tapi kalau lepas baca ni kau mau jadi lebih baik, itu sudah bagus ! Aku juga bukan sengaja mengutuk kau. Tapi ini hakikatnya. Kau mau sedar sekarang atau terus berpura-pura tutup mata, itu terpulang pada kau. Kau nak kutuk aku itu hak kau. 
Aku hanya menilai setelah memerhati~


#TheLightOfPeace

No comments: