Thursday 15 December 2011

Lelaki Dayus !



Sehari suntuk di bandaraya membuat diri dihambat kepenatan yang amat.
Namun di sebalik kepenatan terselit pengajaran yang didapati melalui pemerhatian. Dalam kesibukan manusia, aku seperti selalu, setia menjadi pemerhati.


Aku dapati sebilangan besar lelaki sekarang adalah dayus ! eya, D.A.Y.U.S.

Kenapa? Kau nak marah aku? Marah la, itu hak kau, tapi sebelum membuat kesimpulan baca lah dulu.


Aku ceritakan situasi yang aku alami.

Terpaku aku seketika tatkala melihat seorang perempuan yang aku kira boleh digolongkan sebagai warga emas sedang berjalan dengan memakai ‘legging’. Dan yang lebih memalukan lagi, makcik tersebut memakai tudung !  Si suami kepada makcik tersebut pula berjalan beriringan dengannya dengan perasaan bangga aku kira ?  bukan satu pasangan saja yang aku  nampak, mungkin berpuluh-puluh ? ada yang berusia , ada yang muda.


Kalau kau seorang muslim, langsung tidak terkesan kah hati mu melihat situasi tersebut ??


ahh! Dayusnya kau wahai lelaki !  Tubuh badan isteri mu dijamah oleh mata lelaki lain dan kau berada disebelah isterimu tanpa berbuat apa-apa ?

Eh! Itu isteri kau ! hak kau! Milik kau ! Kau sahaja yang layak melihat tubuh badannya, bukan orang lain ! Kau rela lelaki lain melihat isteri kau dengan pandangan bernafsu? ahh, bodohnya !


Ke mana hilang nya ego yang sememangnya begitu sinonim dengan kau? Aku tidak habis fikir akan keadaan tersebut. Bukan kah  memimpin isteri itu tanggungjawab suami? Bukankah kuasa itu terletak ditangan suami? Jadi, kenapa tidak dididik si isteri supaya dapat menjadi penghuni syurga?  
Kalau kau rajin buat amal ibadat pun tapi tak pernah didik isteri kau untuk taat agama, tak guna bai.. tak lepas jugak masuk syurga..


Kecewa sungguh hati melihat keadaan tersebut. Kenapa sanggup memikul tanggungjawab kalau diri belum bersedia memimpin ? Bukankah itu hanya akan memudaratkan diri sendiri ? Perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah. Sedarlah ! 


Aku sudah habis. Kalau kau nak marah aku sekarang,marahlah. Itu hak kau. Tapi berfikir lah menggunakan akal, bukan menggunakan lutut ! Jangan mengikut emosi. Seperti biasa, aku tidak memaksa kau untuk berubah, tapi sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik~

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim)




p/s :  Berkaitan dengan hal keagamaan,,kalau aku salah tolong tegur dan betulkan !


#TheLightOfPeace

No comments: