Sunday 11 December 2011

Aku Katak !

Ya . Bukak mata besar2.. Tajuk tu tulis aku katak ! Sebab aku rasa aku memang sesuai diumpamakan macam katak.
Kau ketawa ? ketawa la puas2. sekurang-kurangnya aku mengaku kekurangan ku. Bukan macam kau yang bodoh yang sentiasa perasan bagus ! Bukan kau la.. Tapi 'kau' yang tu..

Aku tidak lah ketinggalan sangat dalam peredaran zaman yang semakin rakus menghambat manusia sekarang ni walaupun aku tinggal di kampung. Tapi dalam certain2 perkara, aku rasa aku mcam katak... bukan di bawah tempurung, cuma di dalam longkang di tengah bandar. Ya. Maksudnya aku terdedah kepada dunia luar. Aku tau apa yang berlaku di dunia sana . Tapi aku tetap di longkang itu. Tidak ingin keluar.

Jujur ! aku takut ! ntah kenapa.. Sebelum ini semua benda parents aku yang handle. Dari laa kecik sampai besarr hidup aku sentiasa diselimuti dengan pelbagai pantang larang mereka.. Tidaak pernah juga aku dibenarkan untuk bersosial.. Bukan ! Aku bukan manja ! Tolonglah ! Aku BENCI perkataan manja ! sgt ! Bukan kerana aku manja ! Mungkin kerana parents aku tidak yakin dgn aku. Sebab itu ,, aku takut untuk mencuba. Perlukah aku menyalahkan mereka ? Tidak ! Mungkin memang kekhilafan ku.

Dan sekarang, bila tiba masa nya untuk aku pergi ke dunia luar ,, aku takut. Aku rasa macam orang bodoh.. Aku tidak bijak berkomunikasi. Aku tidak pandai bergaul. Serba -serbi aku x tau !  Kau bayangkanlah, di usia aku yang tua bangka ni aku masih blum pass untuk kluarkan duit menggunakan card di mesin ATM..=_=' 

Aku takut untuk hadapi dunia yang penuh kepura-puraan itu ! Manusia di sana hipokrit belaka ! Tapi bila difikirkan semula, lambat atau cepat aku memang akan hadapi jugak semua tu. Janganlah aku terkena kejutan budaya pulak nanti.. Kalau lah dari dulu aku dibiasakan menghadapi semua ini .. Tapi buat apa menyesal sekarang kan.. Lebih baik kita berfikir untuk menghadapi hari esok ~


#TheLightOfPeace

No comments: